Sunday, May 3, 2009

BAHASA ROJAK MENULAR




Oleh Baze Byz.

Gaya pertuturan bahasa rojak atau singkatannya 'br'(campuran BM dan BI) semakin menular  di kaca tv sejak kebelakangan ini disebabkan  pemansuhan 'br' tidak lama  dahulu oleh Kementerian Penerangan tidak dilaksanakan secara serius dan berterusan.

Sedar ataupun tidak ada rancangan2 prabayar terbesar yang dikendali  oleh warga sendiri hanya disiarkan dalam bahasa ibunda golongan tertentu dengan sarikata juga bahasa ibunda mereka!  Kurang rasa hormat dan patriotik menggunakan bahasa negara sendiri malahan lebih gemar menggunakan bahasa ibunda dari bahasa kebangsaan.  Media cetak berbahasa asing juga semakin banyak dan berleluasa dihidang kepada rakyat. Ada juga gedung besar kedai buku yang cuma menjual bahan2 ilmiah berbahasa asing sahaja. Apakah ini yang dikata 1Bahasa..?

 Memalukan sekiranya rakyat asing menonton di kaca tv bagaimana cara pertuturan BM dalam beberapa  rancangan hiburan, drama, forum dan perbincangan, penggunaan 'bahasa pemusnah/br' seolah2 dianggap pertuturan yang baik serta merasa 'megah' atau  terselitnya BI dicelah2 bedah BM. Dan yang mengaibkan ada yang tidak fasih BM tetapi sebaliknya fasih berbahasa perosak ini disiar juga tanpa terlebih dahulu dipantau oleh pihak media berbahasa Malaysia.

Ada juga rakyat tempatan masih  menyebut 'Malayshia' dan 'Kuale Lumpo'........ 

Dinegara2 yang pernah  dikunjungi  seperti di Jepun, Perancis, Jerman, Indonesia, Thailand, India, China dan beberapa buah negara lagi, penggunaan 'bahasa perosak'ini amat jarang diperdengar dan dipergunakan  di media elektronik dan media cetak disebabkan kecintaan, rasa bangga serta hormat dengan bahasa negara mereka.  Tiada perasaan 'gentar' dengan ombak tsunami BI malah mereka lebih mengagung, mempertahan dan mempertabatkan bahasa kebangsaan mereka. Kesedaran mereka  bahawa kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kemajuan bahasa negara itu sendiri bukannya memperkecilkan bahasa negara sendiri dengan berbahasa rojak, telah lama bersemadi di jiwa mereka.

Kita leka bahawa 'br' dan juga bahasa Malaysia moden,  tanpa disedari boleh merosak dan menjahanam martabat dan maruah Bahasa Malaysia itu sendiri seterusnya menenggelam dan menghanyutkan khazanah warisan negara, jatidiri dan 'identiti'  kita sebagai warga Msia yang berwawasan. Seterusnya rakyat luar tidak akan lagi mahu belajar BM di Malaysia kerana melihat warganegara sendiri tidak begitu berminat  berbahasa kebangsaan dengan betul malah lebih mengutamakan BI atau bahasa rojak ini didalam pergaulan rasmi dan tidak rasmi.

Kepada mereka yang mempunyai gaya dan cara pemikiran atau mentaliti 'terbiasa bercakap dalam'br' wajib 'digosok dicuci dengan klorok' supaya dapat   menghilangkan  kotoran  'br'   yang melekat pada diri kita. Bertuturlah dalam bahasa Malaysia dengan baik tidak ada bercampur dgn bahasa ingeris supaya orang luar akan hormat kepada  bahasa kebangsaan kita.

 Penulis yakin,  'kotoran br' ini tidak berlaku sekiranya warga dididik semenjak awal  persekolahan sehingga ke menara gading IPT, betapa pentingnya mengekalkan pertuturan dalam bahasa negara dengan betul,  seperti 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.  Tindakan tegas  dikenakan kepada murid2 yang engkar atau keberatan  bertutur dalam bahasa kebangsaan disemua jenis sekolah (kecuali dalam beberapa matapelajaran tertentu ) bagi menyemai semangat "CINTAILAH BAHASA MALAYSIA" yang semakin pudar ini. Undang2 ini juga harus diberi di tempat2 kerja dibahagian kerajaan mahupun swasta.

 Hasil dari penekanan dan pelaksanaan ini rakyat dengan sendirinya akan merasa terbiasa, bangga dan fasih berbahasa Malaysia tidak kira kaum dan diharapkan tiada lagi slogan serta iklan mengalakkan rakyat berbahasa kebangsaan. Bahasa Ingeris dan Bahasa Malaysia kedua2nya  penting tetapi Bahasa Malaysia semestinya diberi keutamaan sebagai bahasa no 1 negara.


Penggunaan BM dengan betul ketika ini semakin  mengecut dalam pergaulan seharian oleh sebilangan rakyat yang lebih selesa dan gemar bertutur dlm 'br', bahasa ibunda dan  BI. Pihak pemerintah kadangkala  terlalu menumpukan  penggunaan bahasa penjajah ini  ditambah pula dengan pelaksanaan PPSMI yang berakhir dgn  kerugian berbilion ringgit. Pada masa yang sama KEMURUNGAN bahasa kebangsaan di dalam pertuturan serta penulisan tidak diambil berat.  Tiada  tindakan  yang tegas dan berani untuk memperluas, memperkasa serta memperjuangkan BM bagi menyaingi BI. 'bulan bahasa kebangsaan'  melihatkan sedikit kesungguhan golongan tertentu bagi menghidupkan kembali roh BM dihati rakyat. Sudah 5 dekad mencapai kemerdekaan tetapi amat memilukan sehingga sekarang masih ada slogan2 seperti ini dipaparkan untuk rakyat sendiri, mungkin Malaysia adalah satu2nya negara didunia ini yang mempunyai iklan2 mengalakkan bahasa kebangsaan sendiri pada zaman ini.

PPSMI dimansuhkan BM dibiarkan hanyut  seumpama 'yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran'.

"Mari kita balik kepangkal jalan dimana kita tercicir, hilang kita cari, hanyut kita pintas" diambil dari kata2  Datuk Sri Utama Rais Yatim semasa beliau memperkatakan isu 'br' diTV3 tempoh hari.