Sunday, January 23, 2011

Isa bimbang bahasa Melayu terus terjajah


20/01/2011 3:17pm


KANGAR 20 Jan. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu bimbang bahasa Melayu akan terjajah apabila terlalu banyak istilah Inggeris digunakan dalam bahasa kebangsaan itu.

Beliau berkata, bahasa Melayu juga akan ketinggalan jauh jika ia tidak dimartabatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai.

Berucap merasmikan wacana bahasa Melayu bertemakan “Realiti dan Cabaran” di sini hari ini, beliau berkata, bahasa Melayu kini dituturkan oleh kira-kira 300 juta manusia dan merupakan bahasa ke lima terbesar di dunia selepas bahasa China, Inggeris, Hindi, Urdu dan Sepanyol.

"Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu adalah perjuangan mempertahan perlembagaan negara kerana sudah termaktub dalam perkara 152 bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara ini,” katanya.

Menurutnya rakyat dan pemerintah negara maju juga memartabatkan bahasa rasmi negara masing-masing dan wajar sekali rakyat dan pemimpin negara ini turut mempunyai semangat yang serupa. - Bernama

No comments:

Post a Comment